Nadi X Cybersecurity: Webinar Keselamatan Siber

13 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis bertarikh 12 Februari yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mendaftar seorang wakil ahli NADi untuk menyertai Webinar Keselamatan Siber yang dijalankan secara atas talian. Tajuk Webinar Keselamatan Siber pada kali ini ialah Cara Kenal Pasti File Berbentuk Virus. Webinar tersebut berlansung selama satu jam tiga puluh minit iaitu dari pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang.

Tujuan webinar ini diadakan adalah seperti berikut:
• Mengenal pasti ciri-ciri fail yang mencurigakan
• Mengelakkan jangkitan virus dan malware
• Melindungi data dan peranti peribadi

Kami berharap agar apa yang dikongsikan oleh penceramah kepada para peserta dapat membantu mereka di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali